Saturday, April 4, 2009

Sejarah SRAI TAF Batu Belah Klang Selangor


SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

Bermula 1 Januari 2000 SRA Batu Belah yang mewakili daerah Klang telah dinaik taraf menjadi Sekolah Rendah Agama Integrasi Batu Belah, Klang dan melaksanakan gabungan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah( KBSR) dan Kurikulum Pendidikan Islam JAIS.

Pada peringkat awal SRAI Batu Belah hanya mempunyai pelajar seramia 110 orang sahaja bagi memulakan projek tersebut. Pengambilan murid pada peringkat kedua adalah melalui proses ujian kelayakan. Calon yang berjaya akan ditawarkan belajar di sekolah ini. Pada tahun 2004 pelajar telah bertambah seramai 450 orang dan sehingga 2008 pelajar sekolah ini telah bertambah seramai 778 orang murid serta mempunyai tenaga pengajar seramai 55 orang.

Kini SRAI Batu Belah mempunyai bangunannya tersendiri di pinggiran bukit Batu Belah, sementara SRA Batu Belah masih wujud dan kekal di tempat lama. Pada tanggal 28 April 2008 adalah dengan rasminya sekolah ini telah mendapat nama baru iaitu SRAI Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah (SRAI TAF) setelah ianya dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, D.K, D.M.N., D.K ( Terengganu), D.K ( Kelantan), D.K ( Negeri Sembilan), D.K ( Kedah) S.P.M.S.S.S.I.S.S.S.P.M.J. SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA JAJAHAN TAKHLUKNYA.

Your Title

Your Title